Thursday, March 8, 2012

Marahkan Nyamuk, kelambu dibakar

Pagi ni aku mulakan hari aku seperti biasa. Kalau kata biasa tu, maksudnya masuk ofis, check diary then breakfast. So sambil breakfast aku pun browse through la facebook...aisey ada sorang bekas student aku ni cukup marah dengan kenaikan gaji penjawat awam.Siap dikutuk-kutuknye jugak...dalam status dia, siap dicakap lagi "kalau tak buat jangan terasa"...haih budak2 sekarang...Main sedap dimulut je.

Kalau nak kisahkan hidup aku...dari kecil lagi aku ni dah diajar hidup berdikari.Mak dan ayah aku kata, takde shortcut dalam dunia ni dan kita tak bole  selalu mengharap bulan jatuh keriba.Dengan bangganya aku laungkan bahawa akulah produk yang menepati paten abad ini yang dikeluarkan oleh cik wan dan che nor...Aku apply apa yang mak ayah aku katakan tu.

Perit memang perit, jerih memang jerih...bayangkanlah aku dari umur 5 tahun dah tolong mak aku berniaga di gerai...basuh pinggan...tapi aku seronok sebab motif aku adalah kalau ikut amak ngan ayah pegi kedai dapat minum coke dan makan nasi lemak mamak seblah yang sedap. Sehinggalah aku buat diploma, degree dan master itulah rutin aku.tapi aku tahu bahawa ini bukanlah apa yang aku nak endup untuk life aku.so daripada diploma aku dah start buat freelance. buat corporate video dan macam2 lagi.

Sambil tu juga aku teruskan belajar secara separuh masa. tapi pada masa yang sama, menolong mak ayah aku.aku sebenarnya terkejar2 setiap hari dan aku rasa bertuah kerana dapat menyelesaikan segala tuntutan keja yang bertimbun dengan bantuan Allah.Ajaibnya aku tak pernah rasa letih lesu bila sampai kelas. Sampai kelas je jadi hyper semacam.Itulah keajaiban Allah, yang sentiasa bersamaku...menyaksikan kejatuhan, airmata, kebangkitanku, kesusahanku, kematanganku dan segala-galanya tentang aku.

Sebab itulah bila orang cakap pasal kabel2 ni, aku tak heran sebab aku tak pakai kabel! ye aku tak pakai kabel! Aku usaha sendiri untuk mendapat kepercayaan orang lain. Bila kerajaan sibuk-sibuk nak bagi bantuan, aku takdelah tergesa-gesa sibuk jugak nak.Sebab aku tau itu hak orang yang lebih perlu. Tak usahlah menjadi dendam kepada kita kalau kita kadangkala tak dapat apa yang kita mahukan.Back to basic, semua rahsia tu ditangan Allah. Kalau Allah tak bagi, pasti ada hikmahnya.

Ini kalau tak dapat, korang kutuk 5 tan...siap cakap jangan terasa lah apalah..heii aku tak paham..kalau taknak bagi orang terasa, jagalah mulut tu.kerana mulut  badan binasa.Bercakap dengan mengunakan akal dengan bercakap menggunakan kepala lutut berbeza. Jadi korang decidelah.Cukup-cukuplah tentang ketidakpuasan hati kita. Mari kita cari bahagia dengan tidak melihat kelemahan orang lain. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Menuduh penjawat awam yang bukan-bukan pun berdosa jgak.jangan kita tau nak generalizekan je...selalu memanglah yang buruk itu nampak dimata manusia tetapi kebaikan entah mana lah tempatnya dimata kita....fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment