Tuesday, March 27, 2012

Ego manusia tak berkesudahan

Kadang2 aku pelik betul dengan sikap sesetengah manusia yang mempunyai ego yang tinggi. yang selalu rasa dia saja yang betul...Seorang ketua yang baik menerima dan pendengar pandangan orang lain.kalau dah asyik kau sorang je yang betul, nanti kau sendiri tak sedar buruk baik perbuatan kau itu.

Boleh dikatakan aku ngan mim menjadi mangsa kepada keadaan terebut.kitaorang stress dan stress tahap bapak gaban bekerja dengan so called " Dr... Khai O"..cehhhh terhena buat keje ngan kau.Sudah2lah dengan ego kau yang never ending story...buat sakit jantung kau ngan jantung orang lain juga.

Friday, March 16, 2012

setuju dengan usztaz Don

Ustaz Don pernah menasihati bahawa katanya, apabila kita buat sesuatu kerja tu dengan keikhlasan semua yang dilakukan akan menjadi mudah. Aku setuju seratus peratus...kalau kita ada ketulusan dalam setiap tindak tanduk kita maka Allah akan permudahkan segalanya...

Sunday, March 11, 2012

Peluk bola dan chong wei...

Semalam afta balik dr IKEA, aku ajak en.suami pi umah ayong sebab mak dan ayah semua ada kat sana...so en.suami punya muka pun kelatlah dan2 mengantuk...aku pun dengan cepatlah pi anto nuget yang mak pesan...pastu dok sekejaplah sembang ngan orang tua aku...dari jauh nampak en.suami tersengguk2...alahai dalam hati aku, kesiannya dia...aku pun tak tunngu lama teruslah minta izin dari orang tua untuk balik.

Balik2, aku mandi terus solat...En Suami?mestilah aku ingat dia sungguh2 nak tdo...rupe2nye cehhhhhhhh...dia pegi tengok bola....tengok bola tu takpe....dia pegi sambung tengok badminton pulakkkkkkkkkkkkk...haish stress aku...aku tengok jam dah pukul 1.15 am...aku pun menggagau cermin mato aku pegi keliving room sambil buat muka ketat campur stress..Ye memang dia terbongkang kat depan tv.aku pown geraklah dia...dia boleh bukak mata dan terus duk elok2 tengok tv balik...

Haish apo lagi??aku rasa nak ninja kick laki aku pun ado...aku pown membebel2 lah kat dia...pastu dia masuk tdo..selalu en suami kalau tdo mesti peluk aku..malam tadi aku tak bagi dia peluk aku...haaa...aku cakap pegi peluk bola ngan chong wei!

Thursday, March 8, 2012

SAYA MALAS!

Haishh kalau nak diikutkan hati panas aku ni, nak aje aku lempang si budak bekas student aku ni...Dia repeat satu paper dan aku tanya apalah masalah kamu ni sampai repeat2 paper macam ni..."Saya memang malas nak pegi kelas", Pastu aku pun tanyalah, abis kalau kerja nanti macam mana?dia kata"kerja lain, kerja dapat duit"...memang aku rasa nak sepak...kalau adik aku memang aku bagi penendang ninja...hishhh sabolah hati!

Marahkan Nyamuk, kelambu dibakar

Pagi ni aku mulakan hari aku seperti biasa. Kalau kata biasa tu, maksudnya masuk ofis, check diary then breakfast. So sambil breakfast aku pun browse through la facebook...aisey ada sorang bekas student aku ni cukup marah dengan kenaikan gaji penjawat awam.Siap dikutuk-kutuknye jugak...dalam status dia, siap dicakap lagi "kalau tak buat jangan terasa"...haih budak2 sekarang...Main sedap dimulut je.

Kalau nak kisahkan hidup aku...dari kecil lagi aku ni dah diajar hidup berdikari.Mak dan ayah aku kata, takde shortcut dalam dunia ni dan kita tak bole  selalu mengharap bulan jatuh keriba.Dengan bangganya aku laungkan bahawa akulah produk yang menepati paten abad ini yang dikeluarkan oleh cik wan dan che nor...Aku apply apa yang mak ayah aku katakan tu.

Perit memang perit, jerih memang jerih...bayangkanlah aku dari umur 5 tahun dah tolong mak aku berniaga di gerai...basuh pinggan...tapi aku seronok sebab motif aku adalah kalau ikut amak ngan ayah pegi kedai dapat minum coke dan makan nasi lemak mamak seblah yang sedap. Sehinggalah aku buat diploma, degree dan master itulah rutin aku.tapi aku tahu bahawa ini bukanlah apa yang aku nak endup untuk life aku.so daripada diploma aku dah start buat freelance. buat corporate video dan macam2 lagi.

Sambil tu juga aku teruskan belajar secara separuh masa. tapi pada masa yang sama, menolong mak ayah aku.aku sebenarnya terkejar2 setiap hari dan aku rasa bertuah kerana dapat menyelesaikan segala tuntutan keja yang bertimbun dengan bantuan Allah.Ajaibnya aku tak pernah rasa letih lesu bila sampai kelas. Sampai kelas je jadi hyper semacam.Itulah keajaiban Allah, yang sentiasa bersamaku...menyaksikan kejatuhan, airmata, kebangkitanku, kesusahanku, kematanganku dan segala-galanya tentang aku.

Sebab itulah bila orang cakap pasal kabel2 ni, aku tak heran sebab aku tak pakai kabel! ye aku tak pakai kabel! Aku usaha sendiri untuk mendapat kepercayaan orang lain. Bila kerajaan sibuk-sibuk nak bagi bantuan, aku takdelah tergesa-gesa sibuk jugak nak.Sebab aku tau itu hak orang yang lebih perlu. Tak usahlah menjadi dendam kepada kita kalau kita kadangkala tak dapat apa yang kita mahukan.Back to basic, semua rahsia tu ditangan Allah. Kalau Allah tak bagi, pasti ada hikmahnya.

Ini kalau tak dapat, korang kutuk 5 tan...siap cakap jangan terasa lah apalah..heii aku tak paham..kalau taknak bagi orang terasa, jagalah mulut tu.kerana mulut  badan binasa.Bercakap dengan mengunakan akal dengan bercakap menggunakan kepala lutut berbeza. Jadi korang decidelah.Cukup-cukuplah tentang ketidakpuasan hati kita. Mari kita cari bahagia dengan tidak melihat kelemahan orang lain. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Menuduh penjawat awam yang bukan-bukan pun berdosa jgak.jangan kita tau nak generalizekan je...selalu memanglah yang buruk itu nampak dimata manusia tetapi kebaikan entah mana lah tempatnya dimata kita....fikirkanlah...

SBPA dibatalkan!

So, semua orang tahu hari ni Dato Seri Najib dah umumkan tentang pembatalan SBPA ni...aku rasa PM memang mendengar rungutan dan hasrat rakyat....Langkah yang diambil memang wajar...gaji semua kakitangan yang standard2 aku ni naik 13%...hmm jadilah daripada tak ada langsung...tapi aku tau ada jugak yang buta hati dan buta perut yang kejenya nak meleceh kerajaan je...bak kata kawan aku si Durani, " Selama 26 tahun aku hidup, tak penah pun aku kebuloq"...ha btui jugak tu dur...tapi tulah, yang tak puas hati ni aku rasa macam parasit yang tak tau diuntung...All this while pun aku tak de pun nak mengadah kepada kerajaan.Yang aku tahu hidup mesti kuat dan kita kena rajin cari peluang...if u want to be heard, u must speak ur mine...Tapi apapun, setiap sistem yang baru tetap ada kelemahan...contohnya macam ATP...ATP atau amanah tugas pensyarah ni satu benda yang bagus.tapi yang tak bagusnya bila ura2 nak keluarkan subjek akademik writing dari Table ATS.Aku jadi stress sebab tak cukup subjek.Bila tak cukup subjek, tak boleh claim.

Kehidupan orang macam aku ni miskin bando...gaji basic mmg tak cukup...ada pulak si fulan mana ntah yang pi HEA habaq kata Mass Comm exclude COM 660 dari table.aku macam marah lah jugak...sebab jawatankuasa bersusun kowt...mana nak ngaja, nak attend meeeting, itu dan ini...so, kepada sifulan, fikir dulu sebelum buat keputusan. Awak tak rasa, so awak tak tau...Consultation dengan student pun makan masa. bukan boleh jumpa one off pastu siap semua keje...Mudah2an dalam meeting akademik esok semuanya akan berubah...insyaallah...

Sardin Menu makan tengah hari

Hari ni dah kunci jam untuk bangun awal...tapi malangnya jam tersebut dibiarkan senyap sendiri...secara ringkasnye, ye!aku tdo balik...so bila dah seda akan kelambatan, apo lagi melompat dari katil terus masuk bilik air mandi...then ambil wudu' terus solat subuh...Sekali aku chek2 time,alamak dah kul 6.50..aiseh...dah sah2 tak sempat nak letak nasik.so plan b aku adalah...aku masak lauk Sardin Marina yang ditumis dengan cili padi dan sedikit asam jawa...mmg feel okeh makan sardin nak2 dengan nasi panas.memandangkan aku x masak nasi, so aku beli nasi...macam tu juga encik suami...aku suh dia beli nasik jugak....tapi sardin aku mmg kerlass kau mariaaaa...ahahah




inilah sardin yan aku gembar gemburkan tu...amacam??terliur tak?